Seni bina Masjid_Sultan_Hassan_II

Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air".

Rekaan ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II, yang menyatakan, "Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana Arasy Allah berada di atas air. Maka, orang yang beriman dapat bersolat dapat berzikir di atas tanah dan menjiwai langit Tuhan dan laut"

Masjid ini juga mempunyai seni bina moden: masjid ini dapat bertahan dari gempa bumi dan mempunyai lantai berhaba, pintu elektrik dan bumbung mudah alih.